8 Petua Mudah Bersalin Mesti Tahu!

senaman ketika mengandung
Petua Mudah Bersalin
 
petua mudah bersalin
Pengalaman Ina melahirkan 3 orang anak secara normal merupakan anugerah dan  pengalaman yang paling indah, alhamdulillah. Walau pada zahirnya nampak perit, kita sebagai umat tetap redha dengan ketentuanNya. Petua mudah bersalin sering di ‘google’ oleh setiap wanita termasuklah diri saya sendiri.Sakit bersalin memang sukar nak digambarkan melainkan kita sendiri yang laluinya. Kontraksi 3minit sekali datang tu… aduhhh… tetap kena lalui walaupun arrgghhh.. kemah keming dah Ina menahan sakit saat melahirkan anak. Doa, redha dari suami dan ibu sangat2 diperlukan.Setiap orang mengalami pengalaman yang berbeza. Walaupun dah anak ke berapa kita lahirkan anak, ilmu dan persedian untuk melahirkan anak PERLU ADA supaya nanti kita tak panik bila ‘moment’ tu tiba.

 

Antara petua mudah bersalin yang Ina nak kongsikan adalah seperti dibawah:

1- Persediaan rohani
Cuba fikirkan kembali, sudah berapa banyak ibu di dunia ini melahirkan insan yang bernama anak. Sebagai ibu, kita perlu yakin yang kita sama juga seperti ibu2 lain yang mampu melahirkan anak secara normal. Jika wanita lain boleh, mengapa tidak kita? Berdoa adalah kunci utama. Amalan rohani jangan sekali2 kita lupa. Banyakkan membaca Al Quran, baca Yaasin terutama sebulan terakhir sebelum melahirkan, solat fardhu disegerakan jangan ditangguh, solat taubat, dhuha dan zikir yang tak lekang di bibir. Sentiasalah berdoa agar dipermudahkan proses sebelum, semasa dan selepas bersalin. Antara tips yang nak dikongsi disini, amalkan membaca ayat dibawah 21 kali selepas solat :

 21 kali selepas solat fardhu
 

2- Persediaan fizikal
Ibu hamil perlu bersenam secara ringan. Biar ‘slow-slow’, asalkan kita laksanakan dengan konsisten. Otot-otot sendi yang kuat insyaAllah membantu melancarkan proses bersalin. Ketika kehamilan mencecah fasa ke 2 iaitu ketika hamil dari 4 hingga 9 bulan, Ina mengamalkan senaman seperti gambar dibawah.
Senaman ‘tailor sitting’ adalah senaman kegemaran Ina dan antara faktor yang memudahkan proses kelahiran. Senaman ini mampu menguatkan dan meregangkan otot pinggul dan peha. Ia juga membantu sendi pelvis lebih fleksibel, melancarkan pengaliran darah ke bahagian bawah badan dan ini memudahkan prosess kelahiran. Dapatkan nasihat doktor sebelum melakukannya untuk mengesahkan tahap kesihatan anda. Di akhir2 tahap kehamilan, banyakkan berjalan. Kalau nak tahu, bila kita berpeluh walaupun sedikit ianya mampu menambahkan tenaga.

 
3. Bekalan Ilmu Pengetahuan
Langkah anda untuk men’google’ petua mudah bersalin adalah satu langkah bijak. Cuba cari ilmu sebanyak mungkin dan rajin-rajinkan mulut bertanya pengalaman bersalin dari orang sekeliling samada rakan pejabat, jiran dan saudara. Cuba luangkan masa untuk ikuti kelas antenatal sebab kelas berkongsi banyak ilmu untuk persediaan. Bawa pasangan supaya pasangan kita  pun ‘aware’ dengan ilmu persediaan sebelum bersalin. Ina sendiri berpeluang mengikuti kelas antenatal Dr Zarul dan Dr Ratna di Putra Medical Centre (PMC) Bukit Rahman Putra Sungai Buloh.
Selain itu, banyakkanlah membaca supaya kita faham perjalanan seorang ibu hamil dari awal kehamilan hingga saat melahirkan anak.
 
 
4. Makan
Melahirkan anak memerlukan tenaga yang banyak. Jika ada tanda2 saat nak melahirkan anak dah tiba, alas perut dengan makan makanan yang memberi tenaga. Paling mudah pastikan ada ‘protein shake’ sebagai bekalan. Sakit contraction ni kadang tak menentu. Sekali dia datang, memang tak sempat dah prepare lauk pauk bagai. Kalau berkesempatan ambil makanan yang memberi tenaga seperti nasi atau roti. Jangan dibiar perut kosong sebelum kita dibawa masuk ke labour room. Petua tradisional yang Ina amalkan, pecahkan telur ayam kampung ke dalam milo panas, selawat dan minum.
 
Formula mudah => Milo + 2 scoop protein powder + telur ayam kampung. 
 
Boleh imagine tak sedap ke tak? Tapi kalau sanggup apa salahnya.. lepas tu jangan lupa ambil vitamin yang memberi tenaga dan mengurangkan stress seperti B kompleks. Alhamdulillah ikhtiar Ina diizinkanNya.
 
 
 
 
5. Minyak kelapa dara
Salah satu amalan terbaik adalah memanfaatkan fungsi minyak kelapa dara samada diminum atau disapu. Minyak kelapa dara juga adalah pembasmi kuman semulajadi. Untuk diminum, boleh mengambil apabila kita sudah mencapai fasa 3 kehamilan (7 – 9 bulan). Cuba amalkan satu sudu sebelum tidur. Selain itu, boleh disapu dibahagian perineum untuk mengelakkan koyak semasa bersalin. Cuba ‘google’ urutan perineum, banyak info yang boleh kita manfaatkan.
 
 
 
6. Sayur bendi
Antara banyak2  sayur yang ada, cuma sayur bendi mengandungi lendir. Sayur bendi ni mengandungi 90% air dan kalsium. Amalkan makan sayur bendi ketika fasa ke 3 kehamilan kerana ia turut menyumbang kepada mudah bersalin normal. Memang sedap kalau dibuat ulam, digoreng atau asam pedas. Cubalah!
 
 
7. Mohon redha dari suami dan ibu
Antara petua mudah bersalin yang mesti buat adalah memohon ampun dan keredhaaan dari suami dan ibu. Sebaik2 mungkin jaga hubungan baik dengan kedua insan ini sejak awal kehamilan lagi. Hakikatnya, sejak dilahirkan kita harus taat pada ibubapa dan sejak kahwin lagi, kita patuh pada suami. Dengan keredhaan yang kita dapat dari suami dan ibu, maka Allah pasti redha dan memudahkan proses kelahiran.
 
 
8. Amalan dari air zam-zam dan kurma
Tiada air yang sehebat dan sebaik air zam zam. Air terapi yang terbaik yang wajib diamalkan. Sewaktu dalam bilik labour, sediakan air zam zam. Mulakan dengan selawat, niat dan minum sekerap mungkin. InsyaAllah.
 
Jom ikuti “Proven benefits of the Holy Zamzam water Must Watch!!! petikan dari You Tube:

 

 
 

Diharap dengan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada ibu2 yang bakal melahirkan anak.

Semoga dipermudahkan, insyaAllah.

Salam ikhlas,

my signature

 
 
 
 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>