5 Langkah Mudah Kembali Langsing Lepas Bersalin

langsing3

Tidak cukup dengan saiz susuk tubuh badan yang berubah, perut juga terjejas. Bahagian ini tidak lagi ‘sekencang’ dan setegang dulu. Tanda – tanda seperti menggeleber mungkin akan kelihatan sehingga menyebabkan rasa tidak selesa dan sekali gus membuatkan keyakinan diri sedikit terjejas terutama di Hari Raya Aidiladha ini.

Untuk menyelesaikan masalah ini, terdapat beberapa petua cantik dan langsing untuk dikongsikan. Terdiri daripada gabungan beberapa petua orang dulu – dulu dan kaedah moden. Jom ikuti saya untuk kembalikan kelangsingan!

 

langsing2

1. Herba Tradisional

Herba-herba tradisional sememangnya diketahui mempunyai khasiat dan kelebihan tersendiri. Ia bertujuan untuk memulihkan organ pembiakan wanita, menyembuhkan luka, membetulkan keadaan rahim dan mengembalikan ketegangan faraj. Jadi, cuba amalan pengambilan herba berikut semasa tempoh berpantang.

Temulawak – mengeluarkan toksin dari hati, mengawal kandungan lemak dan kadar kolesterol di dalam badan, mengurangkan kekejangan otot dan mengawal masalah keputihan.

Lada pintal – menghilangkan bau badan dan mengurangkan masalah keputihan.

Kayu serapat – membantu kesihatan rahim yang optimum, mengurangkan kegatalan dan keputihan, membantu melancarkan kitaran haid dan awet muda.

Tahi angin – melancarkan peredaran darah, mengurangkan masalah angin meroyan dan jangkitan kuman pada kulit.

Sirih – mengurangkan masalah keputihan, menstabilkan kitaran haid dan menghilangkan kegatalan.

Manjakani –  membantu menegangkan otot faraj, menganjalkan kulit dan payudara serta menstabilkan hormon.

 

manjakani

2. Pemakaian Bengkung

Penggunaannya sinonim dengan amalan masyarakat Melayu. Ia masih dipakai oleh wanita-wanita yang bersalin sejak zaman-berzaman. Seiring dengan perkembangan zaman, bengkung tekah mengalami inovasi namun masih mengekalkan kebaikan penggunaan bengkung. Bengkung sangat disarankan untuk dikenakan ketika berpantang kerana

√ mengembalikan bentuk tubuh badan kepada asalsetelah bersalin

√ mengempiskan bahagian perut dan menaikkan bahagian dada

√ menegangkan kulit yang menggeleber dan menguatkan otot-otot yang tegang selepas bersalin

√ menghalang perut daripada dimasuki angin semasa  berpantang

√ menghalang peranakan daripada ‘turun’

 

bengkung

 

3. Makanan Berkhasiat

Makanan yang mengandungi air perlu dielakkan kerana ia akan meningkatkan pengekalan air di dalam badan. Makanan yang dipanggang atau dikukus pilihan menu harian terbaik semasa berpantang. Makanan laut juga ditegah kerana melambatkan penyembuhan luka. Begitu juga kekacang.

Pengambilan buah-buahan serta sayur-sayuran membekalkan sumber vitamin dan vitamin diperlukan oleh badan. Serat daripada bijirin membekalkan tenaga dan membuatkan perut kenyang dalam masa yang lama. Produk-produk tenusu seperti susudan yogurt baik untuk membekalkan protein dan membantu menurunkan berat badan.

 

diet sihat

 

4. Sentiasa Menyusukan Anak

Menyusukan bayi bukan hanya bermanfaat untuk bayi, malah baik kepada ibu. Ia boleh membakar lebih banyak kalori, menurunkan berat badan semasa berpantang serta mengurangkan risiko menghidap kanser payudara dan tulang rapuh.

menyusu

 

5. Kerap Bersenam

Jika anda inginkan tubuh badan yang cantik selepas berpantang, cuba lakukan beberapa aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh. Cukup dengan melakukan senaman ringan seperti senaman aerobik 30 minit, tiga kali seminggu. Jika anda tidak

tahu senaman apa yang anda boleh lakukan, sibukkan diri anda dengan menyapu halaman rumah atau mengemas bilik.

bersenam
Semua wanita pasti mahu memiliki tubuh badan langsing lagi menawan… malah impian ini lebih kuat dirasai oleh wanita selepas bersalin. Maklum sajalah, sewaktu melalui tempoh mengandung, tubuh badan mengalami pelbagai perubahan drastik dan peningkatan berat badan.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada pembaca untuk kembali langsing.

 

Salam ikhlas,

my signature

4 Comments

  1. Anis Permin

    Hi Harlina,

    saya suka topik ini kerana saya memang mempunyai masalah untuk menurunkan berat badan selepas melahirkan anak saya yang ke-2.

    Terima kasih utk tips2 yang membantu.

    Reply
    1. Harlina (Post author)

      Amalkan secara konsisten,insyaAllah dapat kekalkan berat badan sebelum melahirkan.

      Reply
  2. Musfirah

    Terima kash atas perkongsian yang menarik..saya setuju sangat dengan point kedua terakhir iaitu menyusukan anak dan bersenam boleh menurunkan berat badan dengan mudah!

    saya akan cuba praktikkan petua2 ini sebaik sahaja melahirkan anak ke5 inshaaAllah!

    Reply
    1. Harlina (Post author)

      Cuba ya Musfirah. Semoga ibu2 diluar sana dapat menjaga sebaik mungkin kesihatan diri. Bukan untuk cantik semata2, tetapi kesihatan yang baik memudahkan kita melaksanakan tanggungjawab kita terhadap keluarga sebaik mungkin.

      Reply

Leave a Reply to Harlina Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>